//LovingYou
Welcome Chinggu :) + Follow | Dashboard

excident : aku trauma
Thursday, 21 February 2013 | 05:09 | 2 comments

Cuti sem sebulan dah habis . hari sabtu hari tu, 16.02.2013, aku and family bertolak ke Kelantan. Agak teruja sebab ada yang nak pergi beli-beli barang . biasalah , Kelantan kan banyak barang murah. Hewhew ^^

Ayah aku tak dapat ikut sebab pakcik drebar tu nak bawak isteri dan anak kecik dia. tolak ansur itu penting kan. Jadi, ayah aku kata dia xpayah pergi la, boleh jaga rumah. Time tu mak aku pun dah berbelah bagi, nak pergi ke nak ayah aku yang pergi. Dalam diam mak aku mula rasa tak sedap hati. Akak aku pun sama.

Kita selalunya rasa tak sedap hati bila ada sesuatu musibah yang akan menimpa. Dan selalu itulah jugak kita tak akan mampu mentafsir apa jenis musibah kah itu. DIA dah kasi hint, tapi akal kita tak mampu membaca.
Seawal pukul 8 pagi kami bertolak. Drebar yang bawak tu actually adalah pemandu teksi, so pergi Kelantan naik teksi lah nie, hewhew ~ nak harap saudara-saudara sendiri pun susahkan, that why ayah aku xnak harapkan dorang. And ayah aku jugak tak bagi aku naik bas balik kelantan sorang.
Oleh sebab kasih sayang seorang ayah tu lah ayah aku sewakan teksi tu untuk hantar aku balik ke Kelantan. Semata-mata untuk aku. Dan ini bukan kali pertama. Sedihnya …..

Semua dalam kereta 6 orang. Drebar dan isteri bersama anak kecilnya yang mungkin baru darjah dua atau tiga kat depan, aku, mak aku n akak aku kat belakang.

Entah kenapa sepanjang perjalanan aku tak sedap hati. Aku duduk belakang drebar. Setiap kali aku pandang kearah kereta yang datang aku rasa tak sedap hati. Perasaan yang aku sendiri tak mampu nak nyatakan macam mana. Aku pusing kiri rasa tak kena , pusing kanan rasa semacam. Aku acapkali pandang pintu kereta sebelah tempat aku duduk tu. Asyik mengukur jarak kedudukan aku dengan pintu tu, aku pun tak tahu kenapa.

Di tengah perjalanan, aku rasa nak termuntah ja. Bukannya aku tak pernah lalu jalan Kelantan tu, dari Grik memang dah mula berpusing jalannya. Aku sendiri pun pelik, selalunya tak pernah macam nie.

Kami berhenti dekat banjaran titiwangsa. Tempat sejuk tu . berlatar belakangkan bukit-bukau dan jugak gaung. kalau ada anak kecik memang kena berhati-hati. selalu berhenti kat situ untuk makan. Tak pernah beli pun kat situ. Selalu bawak bekal dari rumah lah. Petang sebelum bertolak balik ke Kelantan, aku dengan jiwa yang berkobar-kobar telah masakkan sambal tumis ikan bilis. Yeayy!! My faveret. Sambal tumis kat Kelantan tak sedap .huhu =]

Sampai-sampai itu aku pergi muntah monggek dulu. Maaf, saya pengotor. Huhu. Then makan kat tembok tepi parking. Baru nak suap nasi hujan dah turun renyai-renyai. Terpaksa makan cepat-cepat. Kunyah tak kunyah tak kisah, janji telan. At that time mak aku tersedak. Sebab selalu  minum guna cawan, hari tu terlupa bawak cawan pulak. Pergi langgah je air tu , sambil tersenyum-senyum pulak minumnya tu. Tersedak lama. Sampai susah nak bernafas. Merah muka-muka. Aku ketawa sambil tepuk-tepuk belakang mak aku. Aku rasa mak aku comel sangat. Bila dalam kereta mak aku cakap tersedak pun boleh buat orang mati. Baru aku terfikir tentang tu. Terdiam terus.

Baru beberapa minit, aku nak muntah lagi. Rasa nasi dekat kerongkong ja. Asyik bunyi uweekk, uweekk. Tapi tak ada apa yang keluar pun. Plastik tu masih kuat aku genggam. Bila aku pandang ke jalan, aku memang rasa lain. Rasa yang aku tak tahu nak ungkap macam mana. Jalan bukit, macam kat Cameron tu . buat pening jah. Sampai dekat dengan kolam air panas, tempat tu aku tak pasti dah masuk Kelantan atau belum, atau masih dalam area Grik lagi, si drebar bagitau pada kami supaya tengok motor kat depan. Sebab tayar dia macam dah pancit. Aku yang masih pening-pening dengan tak pakai spek matanya  tengok la motor kat depan belah kiri tu, masa tu akak aku yang duduk dekat sebelah pintu belah kiri dan si drebar nampak kereta laju kat depan. Sangat laju. Aku langsung tak perasan.

“DTUMMmmm…!!!” kereta yang laju tu tepat melanggar pintu belah kanan, pintu dekat aku duduk tu. Aku terus jerit dan peluk mak aku. Dalam pada yang sama aku tengok dan aku dengar akak aku menjerit dengan suara yang sangat sayu. Aku tak tahu kenapa akak aku jadi macam tu. Benda tu jadi terlalu pantas. Aku sendiri tak tahu apa yang melanggar kami, aku tak tahu dari mana datangnya benda yang langgar kami tu, aku tak tahu, aku tak tahu. Aku tak fokus pada jalan raya sejak rasa nak muntah tu.

Aku betul-betul terkejut. Selepas kami semua keluar aku rasa macam nak pitam. Terketar-ketar  tangan aku dek kena pintu yang kenderaan tadi hentam. Aku ketar sampai keluar air mata. Aku rasa ajal sudah terlalu dekat dengan aku. Teramat dekat dengan aku. Habis laptop aku terpelanting kat dalam hutan. Nyais tak jatuh dalam gaung. Habis sambal tumis aku tercampak atas tanah. Mujur  tak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Aku rasa sakit bahagia rusuk kanan, lengan tangan kanan. paha and betis memang lebam habis. Mak aku dengan yang lain-lain pun rasa sakit badan, pening-pening. Aku dah pergi x-ray, nasib baik tak ada apa-apa.

Akak aku walaupu dia pun rasa sakit tapi dia terus berjalan pergi ke arah kereta yang langgar kami. Kereta apa, no plat apa, aku tak tahu, terlalu jauh dia berhenti, dia mungkin nak lari, tapi disebabkan tayar kereta dah bengkok, dia terpaksa berhenti. Kereta tu bawak terlalu laju dekat selekoh tajam, dia makan jalan orang.  Dia ada di tengah-tengah double lline. Dengan lajunya dia menuju kearah kereta kami. Mujur si drebar dapat elak dari langgar berdepan. Nak undur dah tak boleh sebab ada kereta lagi. Dia elak sikit tu yang kereta tu langgar pintu tepi. Kalau langgar berdepan mungkin aku and family dah tak ada lagi. Ajal kami masih belum tiba..

Bila diperhatikan tayar belakang tu, mujur ada tanah yang tahan. Seolah-olah ada malaikat pegang. Kalau tak memang dah terhumban dalam parit sebelah tu. Mujur juga tak ada divider, mungkin sejengkal dua baru ada divider. ALLAH memang masih sayang kan aku dan family. DIA pelihara kami.

Mamat yag bawak kereta tu askar, so dia takut kalau buat report. Nak selesai cara baik katanya. Aku tak tahu sangat pasal tu. Yang penting dia kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Saya selalu duty kat luar. Saya jarang guna jalan nie. Saya mintak maaf banyak-banyak.” Alasan tu tak guna pun. Dia tak sedar sikap cuai dan cuai dan cuai dia tu hampir meragut nyawa orang. Nasib baik aku yang duduk tepi tu, dan bukan mak aku. Kalau tak tak boleh berjalan pulak la mak aku tu. Pukul 5.30 pagi  baru dorang semua sampai perak. Semua orang tak dapat lelapkan mata. masih terkejut dengan apa yang berlaku. Teksi yang kena langgar tu  terpaksa ditarik balik ke perak.




Lepas aku tengok gambar nie, baru aku perasan yang cermin tingkap tu pecah, tayar pancit, dan keadaan bonet yang macam tu. Kuat tak kuat, laju tak laju mamat tu bawak sampai laptop aku tercampak jauh dari kereta. Disebabkan cik lappy I tercampak jauh, windows dah problem. Walaupun sekarang okay-okay jerr,, kena hantar kedai jugak. Nak mintak ganti rugi laptop dan lebam-lebam nie semua dekat mamat cuai tu. Encik drebar aku tu sangat lah toleransi. Mintak ganti rugi RM 3500.00 ja. Tapi nanti mesti claim lagi kan.  Dah tu, duit tarik kereta balik ke perak pun dorang share separuh-separuh. Memang untung betul budak yang langgar tu kan. Dah la kitorang tak buat report. Kalau dia masuk mahkhamah tentera tu, mesti lesen kereta kena gantung, kerja dia pun kena gantung. Sebab tu dia cuak kebebeyy sangat ..
Aku mati-mati ingat kereta yang langgar tu kereta yang besar-besar. Aku assume kereta tu macam waja ke, pajero ke berdasarkan hentaman dan bunyi pintu tu dilanggar. Rupa-rupanya wira je. So, tak ira kereta kecik ke besar , selagi mana dia laju, selagi tu la bahaya.


 Sampai sekarang aku masih teringat kejadian tu. Aku masih boleh dengar bunyi dentuman tu. Aku masih dalam trauma. Ada ja kawan yang ajak outing, tapi aku dah tak nak dah. Nak stay dalam kampus ja. Balik nanti pun tak nak naik kereta, tak nak naik bas, nak naik train. Wuuuu… :’(((

 Aku masih terbayang wajah-wajah risau orang yang aku sayang. YA ALLAH , Alhamdulillah . kami bersyukur kerana ENgkau panjangkan usia kami, Engkau pelihara kami. terima kasih ya ALLAH. ALLAH beri ujian, tandanya Dia sayangkan kita kan.  


Older Post | Newer Post
Owner

put your words and picture
Entries
About
Linkies

Walkie Talkie

Put your link shoutmix here :)

Music Box

put your music

Credit

background: Click Here
header: Click Here