kufur nikmat
Tuesday, 11 December 2012 | 09:24 | 0 comments
Ya ALLAH. adakah aku seorang manusia yang kufur akan nikmat-Mu
? adakah aku seorang insan yang tidak tahu bersyukur atas segala nikmat-Mu ? Ya
Allah, begitu lalainya aku ketika berada di dunia Mu yang fana ini Ya Allah.
Memahami makna syukur nikmat :
Pengertian syukur dan nikmat berasal dari bahasa arab. Kata
syukur berterima kasih sedangkan kata nikmat ertinya pemberian, anugerah enak
,lazat. Mensyukuri nikmat Allah SWT, maksudnya berterima kasih kepada-Nya
dengan cara mengingat menyebut nikmat dan mengagungkan-Nya.
Memahami makna kufur nikmat :
kufur secara bahasa bererti menutupi. Sedangkan menurut
syara’ kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya, baik dengan
mendustakannya atau tidak mendustakannya. Manakala maksud Kufur Nikmat ialah tidak
menggunakan nikmat Allah S.W.T pada jalan yang betul. Dengan kata lain,
menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang dibenciNya.
"Aku sering membandingkan apa yang aku miliki dengan apa yang
orang lain miliki"
"Aku sering merungut dan sering rasa tidak puas"
Ya Allah…
Aku terlalu mudah melenting dan hilang sabar disaat aku
diuji. Padahal aku hanya diuji dengan
ujian-ujian yang kecil. Aku sepatutnya rasa bersyukur. Kerana Allah sedang menguji
iman aku.
Menguji iman ku yang senipis kapas. Yang bakal melayang entah
ke mana tatkala ditiup dek angin. Allah menduga dan menguji setiap umatnya. Itu
tanda akan kasih dan sayangNya kepada kita.
Jauhilah aku dari kufur nikmat-Mu Ya Allah. Aku tak mahu
menjadi manusia yang kufur akan nikmat-Mu. Aku mahu menjadi manusia yang syukur
atas segala nikmat, rahmat dan rezeki Mu, Ya Allah.
Berubah lah kearah kebaikkan. Di saat kita melakukan
kekhilafan, dan kita tersentak, kita tersedar dari kesilapan kita, ucaplah ALHAMDULILLAH.tapi dengan mengucap kalimah syukur itu sahaja tidak mencukupi. kita perlu gunakan semua nikmat yang diberi ke jalan Allah.
belajarlah untuk redha atas setiap musibah supaya kita dapat merasai kemanisan dalam kepahitan. :)
Kadang kala kita rasa marah kerana telah melakukan sesuatu
dosa. Dosa yang kita lakukan dalam kita sedar ataupun tidak.
Tapi tanpa kita
sedar,
kerana dosa itu, kita menjadi semakin takut kepada Allah.
kerana dosa itu, kita semakin dekat dengan Allah.
Kerana dosa itu, kita lebih berhati-hati.
Dan kerana dosa itu, kita menjadi lebih kuat.
Kita berdoa dan meminta-minta kepada Allah. Ada kala, kita
rasakan doa kita termakbul dalam masa yang sangat singkat. Dan ada kalanya kita
merasakan doa kita seolah-olah tidak di dengar.
Bersabar lah. Allah suka akan umat yang suka meminta-minta. Jangan
khuatir.
ALLAH itu tidak buta,
ALLAH itu tidak tuli,
Teruskan berdoa dan teruskan berharap.
Insha Allah , sinar
itu pasti akan hadir.
Alhamdulillah,, aku sempat sedar sebelum aku terus hanyut.
Alhamdulillah.