//LovingYou
Welcome Chinggu :) + Follow | Dashboard

FAKTA KE AUTA??
Saturday, 7 July 2012 | 20:46 | 6 comments

assalamualaikum.. :)

yeay!!! euro dah abis.. and SPAIN won the championship! punya lama baru sekarang nak kepochi kan? biar lah. haha. tapi sedih jugak coz ITALY kalah. aku dah lama minat MARIO BALOTELLI tu :). kat FB kemain lagi korang edit gambar dia ekk. pakai dress macam barbie la, bawak beg balik kampung lah and segala bagai. jahatnya korang! sedih tau :"( muehehe. no lah. orang cakap kalah menang tu adat permainan. antagonis and protagonis itu tak dapat dipisahkan (yang nis2 tu aku tembak je. dah lama tak sentuh buku komsas). macam kita lah. ada lelaki, ada perempuan. ada jahat, ada baik. ada suka/sayang , ada benci. ada rindu,, itu sambung sendiri. tak tahu dah. ^_^

my friend told me yang dia di reject! then dia marah2 kat mamat tu..dia cakap orang lelaki nieh memang suka reject. Hai meh?? Lelaki dengan perempuan sama je. Masing2 ada hak untuk memilih dengan siapa dia nak bercinta atau berkawan. My advice kepada my friend tu, kalau kau ada hak nak pilih dia, dia pun ada hak untuk  pilih kau atau tak pilih kau. chill lah. kumbang bukan seekor okay.  huhu.

So,, today, saje gatal2 nak tulis ayat2 bila kita di rejectkan. Kadang2 aktiviti me’reject’ nieh tak dilakukan dan tidak juga berlaku secara straight to the point. Bertapis la jugak. Hati orang kena jaga dik ooi.. zaman sekarang nieh jangan berani terang-terangan nak buat orang sakit hati. Takuttt…! Guna-guna banyak.. but sometimes reject nieh amalan mulia. weeee. :3  first of all,, lets take a look when boys reject girls! 
Nahas korang boyz!!




BILA LELAKI REJECT PEREMPUAN


  • Setiap kali korang ajak si dia keluar, 1001 alasan dia bagi. Sungguh pandai dia berdolak dalik. Assignment banyak la, takda duit lah, takut mak tak kasi lah. Kadang2 alasan yang langsung tak di terima dek otak pun dia bagi jugak. girls, please recheck your inbox. Wuhuu..

  • Bila makan sekali, pandangan dia tertacap dekat makanan depan mata je. Langsung tak pandang korang. Makan dalam keadaan sunyi and hening, bosan kan? And bila korang tanya kenapa diam, dia akan kata, “mak saya tak kasi bercakap time makan”. Padahal kalau dia lepak dengan kawan2 boleh pulak bersembang, bergelak tawa.

  • Bila korang bercerita tentang hal yang sedih2, dia akan buat macam dengar tak dengar je.  Dia akan jawab, “Owh.. ye ke?” Then senyap. Bukan nak pujuk atau tenangkan hati korang. Dalam korang sedih2 boleh lagi dia tengok awek lain. Useless!

  • Bila korang kasi present or just wish time birthday , bukan reti si dia tu nak ucap terima kasih. Nak bagi hati sendiri tenang kita yang girls nie akan kata ‘maybe dia takda kredit’. Tapi kalau dah berjumpa pun tak cakap “thanks awak” , ape celop??

  • Dia tahu yang korang syok sangat kat dia. Tapi setiap kali korang dan dia selisih atau berjumpa mesti dia akan suruh korang kirim salam dekat roommate or classmate korang. Terbakar je hati kan?

  • Bila kawan2 dia ketawakan korang atau jadikan korang bahan, dia sikit pun tak melenting or marah kawan2 dia tu. Dia tumpang sekaki lagi ada lah. Ketawa berdekah-dekah macam dia tak kenal korang tu siapa. Malu tau!

  • Bila korang hantar mesej, tak pernah dia reply. Tapi bila guna nombor lain boleh pulak dia reply. HAMPEH.


 *banyak benor bila nya..kuik3




BILA PEREMPUAN MENOLAK LELAKI


  • Slow je dia cakap, “kita jangan berkawan lagi lah. Saya nak fokus study je. Nanti kapel serabut kepala otak nieh”. Girls, pernah cakap??

  • Call ke,, mesej ke,, idok di reply nye. Kalau yang dok rajin miscall sampai berpuluh2 tu and bila nak miscall lagi dah operator yang jawab. Amek kau. Dia off phone terus!

  • Si awek tu selalu cakap teringin nak ada pakwe yang berbadan gagah perkasa cam Aaron Aziz. Bila korang balik rumah and tengok cermin,, kurus melidi je. Bak kata orang putih, OUT OF THE LIST.!

  • Dia dah tetapkan umur berapa dia nak bercouple and berkahwin. Kalau dia nak start bercouple umur 23 and sekarang baru 19, jangan mimpi nak bercinta dengan dia. Kawan biasa itu bisa. T_T

  • Bila korang tanya apa dia nak time birthday, dia akan keluar kan wishlist dia. CAMERA, iPhone, bear, TV,  peti ais, laptop, dress, shoes, bracelet, handbag, alat mekap, and segala bagai lah. Orang perempuan nieh kalau dia betul2 sayang tak ada nya nak abis kan duit korang kaum adam oi.. lagi nak belanja korang ada la..

  • Setiap kali korang tanya dia pandai masak apa, dia akan jawab “masak air saya terer lah. Kalau bab makan pulak yang Maggie taruk air panas saya pro”.

  • Dia akan cakap tentang kelemahan korang dengan kuat dan lantang di tengah2 orang ramai. Contohnya time tengah jalan2 kat taman tasik ke, then dia cakap, “SAYA BUKAN TAK SUKA AWAK. TAPI SAYA DAPAT TAHU YANG AWAK NIE PENGOTOR, KAKI BUSUK, KURAP PENUH, GOSOK GIGI SEMINGGU 3 KALI, bla, bla bla bla bla”.

  • Bila korang komen status atau pics dia kat FB then esok tu korang tak boleh bukak wall dia dah and search pun dah tak jumpa. That means korang dah di UNFRIEND!

  • Kalau time first time jumpa, dia akan tengok korang dari atas sampai bawah. BERULANG-ULANG!! Then, dia cakap “ Nasib baik lepas nieh tak jumpa dah”.




Sudah cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja… lalalala.. Hoho.. ada yang kena dengan korang dan ada yang menyimpang dengan korang. Jangan la touching2 ye. Ate, teman cume bersharing tentang FAKTA or AUTA  aje..huhu.. 




buih2 cinta sama je dengan buih2 sabun. takdak kena mengena pon! hehehe..



love you oll..! (O.o) ahaks!



Older Post | Newer Post
Owner

put your words and picture
Entries
About
Linkies

Walkie Talkie

Put your link shoutmix here :)

Music Box

put your music

Credit

background: Click Here
header: Click Here