Oh perempuan.!
Saturday, 30 June 2012 | 09:31 | 0 comments
Suatu pagi di pasar yang sibuk...IKAN IKAN!! SAYUR SAYUR!! KAIN TUDUNG JAM SEMUA ADA..! MARI MARI MARI!!
Datang seorang lelaki,,
"Makcik, baju nie berapa harga dia sehelai?"
"Mahal sikit nak. Kain bagus nieh. Makcik bagi 45 ja. Kalau harga betul dia 53."
"HAA??!! Mahal bebenor. Dok mahu le saye."
Lelaki tersebut meninggalkan makcik tersebut. Di dalam hatinya tak putus2 mengeluarkan rasa amarah terhadap makcik itu. 'Gila punya mahal. Baju tahap bundle je pun.Tak reti nak berniaga nak jugak buat keja tu'.. Ish3.. macam2 lagi lah..
Haa!! haha.. Actually,, orang perempuan pun macam tu jugak tau. aku tipu?? NO NO NO..!!
situasi tu sama la BILA PEREMPUAN JUAL MAHAL DENGAN LELAKI..
Orang lelaki memang pandai susun ayat bila nak mengurat perempuan. Tapi not all the time mereka itu dilayan. Bila ditolak,, selalu lelaki akan cakap,,
"Sombong sangat aih!"
"Ingat hot sangat?!"
Wahai Kaum Adam,, Kaum Hawa bukan begitu. Bila seorang perempuan itu jual mahal, sikit pun tak terlintas di hati dia nak bajet hot or whatever. macam lelaki yang tak jadi beli baju mahal tu. Makcik tu dah cakap kain cantik,, tapi bila dengar mahal je harga terus matikan hajat,, and keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Tu menunjukkan yang laki tu tak sungguh2 nak beli.. Sama je dengan perempuan. Kalau korang betul2 tanam niat nak berkawan dengan dia,, tunjukkanlah kesungguhan tu. Dia buat tak tahu pun tak pe.. KEEP FOLLOW HER!! Tunjuklah yang korang tu sungguh-sungguh nak kenal dia. Bukan hasrat yang hangat-hangat taik ayam aje.
Dia tolak, dia marah, dia, dia, dia,, dia tolak, dia marah.. haha..(the same thing jugak) Dia buat apa pun korang keraskan je la hati tu, kuatkan niat. Nak niat pun jangan la menyimpang. "SAHAJA AKU NAK KENAL DENGAN KAU KERANA KAU CANTIK N HOT SANGAT, SESUAI UNTUK AKU JADIKAN KAU AWEK AKU".. erkk..ada ka orang buat niat macam tu?? OVER betul. zaman sekarang nieh rasanya macam tak ada orang berniat dah.. yang buat tu,, good job.! lol :D but,, KERANA dan UNTUK itu perlu betul duduknya. sebenarnya macam nie, "SAHAJA AKU NAK KENAL DENGAN KAU KERANA ALLAH UNTUK AKU JADIKAN PERMAISURIKU. INSYAALLAH".. couple sekarang selalu cakap I LOVE YOU FOREVER, I sayang sampai bila2, I sayang you ketat2, I sayang you ngat2, tak da sape yang boleh pisahkan kita, I sayang you hingga hujung nyawa, and so on. tapi berapa kerat je yang cakap I LOVE YOU TILL JANNAH.. lebih barakah. Carilah redha ALLAH. wallahualam..
Orang perempuan nieh tak harapkan wang ringgit pun, cukuplah dengan kesungguhan dan keikhlasan. si dia mungkin tak sukakan anda sekarang,, maybe later on dia suka la tu. ahaks! just jangan cepat buat keputusan untuk tinggalkan dia walaupun ditolak. Dengan merasa pedih dan sakit, sebenarnya ALLAH dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. kita tak tahu mungkin dengan menolak akan bermula sebuah kisah cinta.. (jiwang pulok).haha.. mulakanlah setiap perhubungan dengan hanya bersahabat.. Then,, doalah.. mintak ALLAH bukakan hati dia untuk korang.. ini ke masjid pun idok,, ape kes??..
Perempuan yang cantik akan membuka mata lelaki. Perempuan yang baik akan membuka hati lelaki. Perempuan nie macam burung merpati lah:) kita dah bagi gandum and tangan pun dah hampir mencapai dia but then dia terbang melayang. ada perempuan yang senang bergaul, tapi susah untuk diajak ber'couple' 'coupling' nie. huhu..Memang wajar seorang gadis bersikap jual mahal. andai kata seorang lelaki jumpa seorang gadis di kedai top-up (saja pilih tempat nie). Dia ajak berkawan dan bertukar number phone, si gadis turutkan.. Bila kawan2 si lelaki tanya,, "dapat ke?".. dia akan jawab; "dapat. senang je lah, kacang sangat nak dapat number awek tu". Astaga.. Si lelaki tak sedar, di pendengaran kawan2 dia, perempuan itu nampak murah. Kaum Adam,, anggaplah jual mahal itu sebagai perisai Kaum Hawa. seperti juga Malu. Malu itu sebahagian daripada iman, dan iman itu ada di syurga.
Bila seorang perempuan melintasi sekumpulan lelaki dan dia tunduk,, itu tak bermakna dia nak tunjuk baik atau orang endon cakap bukan sok sucik (bukan nak berlagak suci). Dia menjaga pandangannya dan jugak hatinya. And sometimes orang laki-laki nie akan menegur orang perempuan. Hai lah apa lah., tapi yang perempuan senyum ja then buat tak tahu. Jangan la korang memaki hamun perempuan tu. Perempuan macam tu adalah perempuan yang menjaga peribadinya. Moga kalian dapat menemukan perempuan macam tu. AMIN~
Aku still ingat sorang lecturer kat matrik pernah cakap,,
"Kamu orang perempuan nieh, ada pelajaran, ada agama, kasi up lah sikit standard tu. Jangan bila lelaki mai, semua kamu nak sapu. Sampai abang kafe tu pun kamu nak buat laki? jangan macam tu.. jual lah mahal tu sikit".. haa..itu orang lelaki sendiri yang mintak kami orang perempuan nie jual mahal. T_T
Tapi bila gadis yang diidam2 kan setuju untuk hadir dalam hari2 si jejaka setelah lama berkenalan itu kan lebih manis. masing2 dah jelas dengan sikap masing2. tak la asyik sebut perkataan CERAI je lepas kahwin nanti. Normally bila kita dapat sesuatu yang mustahil atau susah nak dapat kita akan hargai benda atau perkara tersebut. Kalau berkawan rapat, biarlah ada niat untuk berkahwin. Kahwin itu banyak manfaatnya. tapi yang belum sampai seru tu jangan gatal nak kahwin sangat. duit makan pun mintak kat mak, ada hati nak bela anak dara orang. kuik3..
JANGAN BUAT WANITA ITU JATUH CINTA KALAU ANDA TAK CINTAKAN DIA~
Guys,, jangan hanya tahu mengurat wanita dengan bermain ayat-ayat cinta.. Kerana hati wanita itu amat lembut. Amat lembut dan mudah untuk mencintai dan mengasihi seseorang. Tapi pada masa yang sama mereka juga punyai hati yang rapuh. Mudah patah dan berkecai andai kata dipermainkan. take note! :)
Kalau tak ready,, jangan terlalu sibuk dok mencari si empunya rusuk kiri tu.. Tahu tak,, masa 4 bulan kita dalam kandungan ibu ALLAH dah tentukan siapa jodoh kita untuk kita..
just wait for the miracle
:)